Jangan Membelakangi Al-Quran

139

Bismillahirrahmannirrahim

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ..

“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan yang mengenai petunjuk itu, dan pemisah antara yang benar dan salah..” (Surah Al-Baqarah : 185)

Ramadan, bulan yang padanya penuh keistimewaan. Ia dimuliakan, terpilih diturunkan Al-Quran yang menjadi panduan umat Nabi Muhammad SAW.

Tarikh bersejarah, mengingatkan kita sebagai muslim agar bersyukur dan menghayati peristiwa agung ini. Al-Quran yang merupakan kalamullah kekal menjadi rujukan umat Islam hingga akhir zaman.

Janganlah kita membelakangi Al-Quran dengan memilih sumber dan sandaran selainnya, apabila timbul perselisihan dan percanggahan sesuatu perkara.

Ayuh tingkatkan amalan, perkasa kualiti ibadah kita dalam Ramadan kali ini agar ianya menjadi Ramadan yang lebih baik dari sebelumnya. Didiklah diri kita, cintakan Al-Quran dan menjadikannya teman dalam kehidupan.

Salam Nuzul Al-Quran 1442H

Ikhlas daripada,
YB Senator Dato’ Hj Husain Awang,
Pesuruhjaya PAS Terengganu