Jangan Cetuskan Ketegangan

1784

DPPM mengambil perhatian terhadap kematian Kim Jong Nam, abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong Un, yang mati di Kuala Lumpur pada 13 Februari 2017.

Kejadian ini mencetuskan pelbagai polemik di dalam dan luar negara untuk menyingkap kejadian sebenar terhadap kematian tersebut. Pelbagai spekulasi dan teori dikemukakan bagi tujuan tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak seharusnya mencetuskan polemik yang tidak pasti sebaliknya kita menyeru kepada penyelesaian yang tuntas tanpa mewujudkan spekulasi yang negatif.

Kita percaya bahawa emosi boleh menjadi asas ketegangan hubungan Malaysia dan Korea Utara. Ia juga boleh memerangkap kita dalam kancah politik antarabangsa. Apatah lagi Pas kekal tidak mahu campurtangan asing terhadap keharmonian Malaysia.

Hubungan baik Malaysia dan Korea Utara tidak dapat dinafikan. Malaysia satu-satunya warganegara yang tidak memerlukan visa untuk ke Korea Utara, bahkan menjadi satu dari pusat perundingan negara itu dengan negara kuasa besar seperti Amerika dan China.

USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
TIMBALAN KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA