Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Jamil Khir seorang Gharimun atau Fakir atau Muallaf atau Fi sabiliLlah???

 

Rakyat sedang menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan  beliau meminjam wang zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)? Faqir miskinkah? Fisabilillahkah?,Muallafkah?  Penjelasan yang beliau berikan semalam tidak menjawab persoalan yang berbangkit.

Beliau kena menjelaskan kepada rakyat supaya institusi agama yang memungut wang ini tidak di pandang serong oleh masyarakat. Kita tidak mahu kerana nila setitik , rosak susu sebelanga.

Beliau tidak perlu mengalih isu kepada tuduhan beliau ubah suai rumah. Tidak mengapa kalau beliau rasa perlu dan itu wangnya. Maklumlah seorang Menteri, mesti tunjuk rumah yang hebat setaraf dengan seorang bergelar Menteri.

Ustaz Idris Ahmad
AJK PAS Pusat/ Pengerusi Lujnah Tarbiah

 

 

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan