Jambori ARC; Gelombang Anak Muda Bermotosikal bersama PAS

1640

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/JamboriARC%20004.jpgSETIU – Jambori Kelab Motosikal Alternatif (Alternative Riding Club (ARC) Terengganu/ Malaysia 2010 adalah peristiwa penting merealisasikan harapan pemuda PAS untuk mengumpulkan jentera ke arah memperkasakan gerakannya.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan meletakkan sasaran penganjuran Jambori ARC akan datang dapat menarik 3,000 peserta.

“Untuk Jambori ARC akan datang, kita mahu penyertaan 3,000 orang peserta untuk kita cetuskan gelombang anak-anak muda bersama dengan PAS,” ujarnya ketika merasmikan Jambori ARC Terengganu/ Malaysia 2010 di Pantai Merang, di sini, 23 Julai.

Menurutnya, ARC yang menghimpunkan para peminat motosikal dalam PAS, menjawab tomahan yang dilemparkan, PAS adalah sebuah parti kampungan yang jumud.

“Program ini yang menghimpunkan peminat-peminat motosikal dalam PAS. Sekaligus, kita (PAS) menjawab tomahan yang dilemparkan kepada PAS kononnya selama ini, PAS sebuah parti ‘kampungan’, parti ‘pondok’, parti ‘tok lebai’ dan parti yang jumud,” jelasnya.

Ustaz Nasruddin menegaskan, PAS adalah sebuah parti Islam yang mempunyai dasar perjuangan Islam.

Namun, Islam tidak pernah menghalang keinginan serta kemahuan naluri manusia yang mempunyai kecenderungan dan minat untuk melakukan aktiviti di atas muka bumi ini.

“Betul PAS sebuah parti Islam, dasar PAS memperjuangkan Islam. Suka saya tegaskan di sini, Islam tidak pernah menghalang keinginan dan kemahuan naluri manusia dalam apa jua kecenderungan dan minat manusia itu untuk melakukan aktiviti di atas muka bumi ini,” tegasnya.

Menurutnya, kedatangan Islam untuk membetulkan minat, kemahuan serta kecenderungan naluri manusia dengan cara yang betul.

Tambahnya, kecenderungan minat serta kemahuan tersebut perlu selari dengan kehendak Allah SWT agar tidak terjerumus ke lembah maksiat dan mungkar.

Jambori ARC Terengganu/ Malaysia 2010 tersebut julung kalinya diadakan dan  berjaya menghimpunan lebih 500 penyertaan di kalangan anak-anak muda serta menggemar motosikal

http://www.youtube.com/watch?v=4g0HkonQI5o