Terengganu, Malaysia

Jalan Marigold di Senadin Tiada Lampu Jalan

Jalan Marigold Senadin

MIRI – Sebelum ini Jalan Marigold di Senadin hanya mempunya satu lorong bagi setiap arah dan telah diubahsuai atau dinaik taraf menjadi dua lorong lebih kurang 2 tahun yang lalu.

Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Sarawak Haji Jofri Jaraei berkata, masalahnya sekarang, ramai pengguna jalanraya yang melalui jalan tersebut mengadu jalan masuk dari Senadin sehingga ke simpang SMK Pujut tidak dipasang lampu jalan.

“Pada waktu malam ianya agak gelap sebab tiada lampu jalan dipasang di jalan itu. Ini amat merbahaya kepada pengguna jalanraya terutama penunggang motosikal.

“Jalan SMK Pujut dan di sepanjang jalan ke stesen petrol Petronas sepatutnya dipasang lampu jalan ke kawasan perumahan untuk keselamatan pengguna jalanraya juga untuk mengelak berlaku pecah rumah dan kejadian jenayah dalam kawasan perumahan,”ujarnya

Beliau berkata, keselamatan pengguna jalanraya perlu diberi keutamaan kerana banyak kemalangan berlaku akibat tiada lampu jalan di pasang sepanjang jalan tersebut.

Katanya, penglihatan pengguna jalanraya menjadi sukar waktu hujan lebat lebih-lebih lagi pada waktu malam apabila tiada pantulan cahaya diatas jalan atau ditepi garisan penghadang jalan.

Oleh itu, beliau menggesa agar pihak kerajaan mengambil tindakan segera.

“Kita mengesa pihak yang berkenaan segera memasang lampu jalan dan pantulan cahaya jalan di sepanjang jalan tersebut demi keselamatan pengguna jalanraya.

“Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai,”tegasnya

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan