Jadualkan Diri Untuk Menjadi Orang Bertakwa

294

Oleh : Sofeah Ali

KUALA NERUS – Untuk menjadi orang yang bertakwa, seseorang itu mestilah menyediakan jadual diri yang sentiasa memperuntukkan masa untuk Al-Quran dan amalan-amalan baik yang lain.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, kehadiran Ramadan al-Karim, membuka ruang penyucian jiwa yang bersungguh-sungguh kepada Allah.

“Atur jadual secara bertulis bersesuain dengan tugas-tugas seharian kita, masa mengajar, kita mengajar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Tadarus Al-Quran Guru-guru PASTI kawasan itu, bertempat di Masjid Jeram disini pada 19 April.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Guru PASTI Kawasan Kuala Nerus(MGPKKN) disertai seramai 130 tenaga pengajar pra-sekolah berkenaan.

Menurut beliau yang juga Ketua Muslimat Kuala Nerus, apabila tiba bulan mulia itu, setiap saat mesti dijaga dengan mengelakkan daripada melakukan kerja-kerja sia-sia.

“Kita hendak merebut ganjaran berganda yang dijanjikan Allah, satu kebaikan digandakan sepuluh pahala berbanding bulan lain satu kebaikan satu pahala,” katanya.