Jadilah Perkakas Kepada Islam

2051

Oleh : ZS

DUNGUN – Anggota Jabatan Amal Kawasan Dungun diseru menjadi pekasas kepada Islam dalam usaha mengangkat syiar Islam di bumi Terengganu.

Ini kerana Parti Islam SeMalaysia (PAS) dewasa ini hanya mempunyai ramai penyokong tetapi sangat kurang tenaga kerja.

Seruan itu dilontarkan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Syeikh Muhammad Hanafi Abdul Aziz ketika merasmikan Mesyuarat agung Tahunan Jabatan Amal Kawasan Dungun.

Tambah beliau lagi, zaman sekarang, ramai yang hanya pandai bercakap.

“Kita mestilah menjadi perkakas kepada Islam. Kita adalah batu diantara batu-batu Islam, kita buat kerja untuk agama kita. Parti ini (PAS) hanyalah jambatan.

“Kita mesti melibatkan diri dalam semua program ilmu yang PAS anjur dan kita perlu berilmu jika hendak berjuang.

Berucap di hadapan hampir 100 anggota Jabatan Amal, beliau menasihati agar Jabatan Amal terus menawarkan khidmat selaras dengan slogan ‘Beramal Kerana Allah’ di Masjid Lama Sura, 4 Mac.

Katanya, anggota tidak perlu berbangga dengan kerja Islam yang dilakukan, yang penting mengharapkan keampunan di atas dosa kita dan diterima kerja untuk akhirat.

“Saya harapkan anak muda semua, ini adalah nikmat dan bukannya beban kepada kita yang memperjuangkan Islam. Kita jadi mulia kerana Islam, dan PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam.” tambah beliau lagi.

Dalam pemilihan bagi sesi 2017-2019, Jabatan Amal Kawasan Dungun bakal diketuai oleh Tengku Wahiazizie bin Tengku Ali yang menggantikan Sailani bin Saleh.