Jadi Kakitangan Perjuangan Islam

124

DUNGUN – Pemuda Islam diseru agar menjadi kaki tangan perjuangan Islam dan bekerja bersungguh-sungguh walaupun tanpa imbuhan atau bergaji.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS DUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berharap, mereka menyertai kepimpinan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) cawangan-cawangan di tempat mereka berada.

“Ingatlah kerja buat kerana Allah akan diberikan ganjaran oleh Allah, ganjaran pula bukan sahaja wang ringgit tetapi dalam bermacam bentuk, tubuh badan yang sihat, dapat anak… anak yang soleh, solehan, lepas tu cemerlang pulok dalam pelajaran ataupun kehidupan kita bahagia dan berasa serba cukup, “ujarnya.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang itu berkata demikian ketika berucap di Majlis Cakna Pemuda PAS DUN di Bangunan Kudin Wiring, Kampung Gong Pasir di sini pada  18 April.

Program meraikan petugas-petugas Pemuda parti yang melibatkan 28 cawangan PAS diadakan mengikut zon iaitu zon pantai, bandar dan darat dalam usaha mematuhi Prosedur Operasi Standard(SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara(MKN).

Sehubungan itu Ketua Pemuda DUN, Ustaz Abdullah Fahim Hussin berkata program tersebut adalah sebagai tanda penghargaan diatas segala sumbangan mereka di dalam menjayakan gerakerja sayap parti itu.

“Kita memilih seramai lima orang satu cawangan untuk menerima duit raya dan barangan dapur,” katanya.