Ja’afar Kenalpasti Kemahuan Anak Muda Durian Tunggal

565
ALOR GAJAH | Calon PAS-Perikatan Nasional, Ja’afar Othman telah  mengenalpasti keperluan anak muda  Durian Tunggal selaku anak jati kawasan ini.
Beliau berkata, terdapat lebih 13 ribu pengundi di DUN Durian Tunggal termasuk sekitar 5,500 pengundi muda yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Anak muda di DUN Durian Tunggal hari ini cenderung kepada calon muda, berpendidikan, dekat dengan mereka, mudah untuk dihubungi dan bersama dengan mereka dalam aktiviti bersukan serta program-program yang mereka anjurkan.”

Tambah beliau, antara perkara yang menjadi harapan anak muda Durian Tunggal ialah supaya pandemik Covid-19 ini segera berakhir selari dengan keperluan khusus mereka yang memerlukan kestabilan dari sudut ekonomi.

“Alhamdulillah, program imunisasi yang dianjurkan kerajaan Perikatan Nasional ini agak berkesan dan mereka sedikit lega dengan perubahan terkini.”

“Masalah lain yang diutarakan anak muda ialah capaian internet. Hari ini hampir 100% anak muda mempunyai gajet dan mereka memerlukan internet yang berkelajuan tinggi untuk diakses dan pada kadar yang murah,” katanya dalam siaran langsung ‘Asam Pedas Kopi O’.