Isu Sabasun; Datuk Bandar ‘Susup’ Fakta?

3210

KUALA TERENGGANU – Pemilik Sabasun, Che Salmi Che Ibrahim, ketika menyampaikan ucapannya pada program ‘Lepak Santai’ anjuran NGO Ganti Jumaat 29 November lalu menegaskan bahawa, tanah tapak Sabasun 2 di Wakaf Tembesu akan diserahkan kepada orang asing.

Menurutnya, pihak kerajaan menolak cadangan pembangunan pihak Sabasun dengan alasan, tanah tersebut akan diambil balik oleh kerajaan untuk dibangunkan Bandar ‘Perkasa Alam’.

“Tiba-tiba, nak buat bangunan baru kat sini, pihak kerajaan cakap, tanah kami 10 hektar ini akan diambil balik oleh kerajaan atas alasan nak buat Bandar baru perkasa alam. Tanah kami ini akan dibagi kepada orang asing untuk dibangunkan.

“Saya difahamkan, Sabasun akan dihalau keluar, ‘Jaya Jusco’ akan bertandang atas tanah kami. Ini yang dikatakan Menang sorak, kampong tergadai, kami anak tempatan, usahawan negeri,”jelasnya.

surat sabasun2Namun begitu, Datuk Bandar Kuala Terengganu Kuala Terengganu, Datuk Azlan Dagang berkata, pihak kerajaan tidak ada masalah tentang tanah Sabasun 2 di Wakaf Tembesu.

“Di Gong Badak tu kita tiada masalah apa-apun pun, sekarang soalnya di Bukit Kecil ini sahaja. Kalau dia kata MBKT anak tiri kan Sabasun, itu tidak benar sebab keperluan di sana kita tiada masalah sebab kita beri lesen dan permit,
“Berkenaan nak jual tanah di Sabasun Wakaf Tembesu dan dijual kepada pihak asing itu saya tidak tahu,”ujarnya.

Datuk Azlan berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita, bagaimana pula dengan kisah tanah di Sabasun 2, Wakaf Tembesu, dalam sidang media Majlis bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang diadakan pada Selasa 3 Disember.

Sebaliknya, satu surat No. Rujukan MBKT 12/5/OSC/KPS/121/12(07) yang bertarikh 12 Januari, 2012 menjelaskan status permohonan permit sementara Sabasun 2 itu.

Surat rasmi MBKT yang ditandatangani oleh Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) Ezrein Faizal Bin Ahmad itu memaklumkan bahawa pertimbangan telah dibuat dalam persidangan pada 17.12.2012 dan keputusannnya adalah, “Jawatankuasa membuat keputusan – Tolak kerana tapak cadangan terlibat dengan pengambilan tanah untuk Bandar Baru Perkasa Alam”.

Justeru, pihak Datuk Bandar perlu mejelaskan kenyataan beliau kerana beliau berharap, dengan penjelasannya pada siding media tersebut dapat menjernihkan keadaan.

Datuk Azlan juga menganggap bahawa dakwaan oleh Che Salmi Che Ibrahim adalah “pelbagai tuduhan yang dibuat kepada pihak MBKT,”.