Isu PPSMI – PAS Bukan Dalang, Tapi Pejuang

735


Dato’ Dr. Anuar Ridzuan dan ramai lagi, semuanya sanggup dijadikan dalang dan ditunggangi

Demikian soal Ketua Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik ketika menolak kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Razak bahawa bantahan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) didalangi pembangkang. (Gambar – Ustaz Abu Bakar, kiri sekali, bersama Jawatankuasa GMP menyerahkan memorandum kepada Meneteri Pelajaran)

Menurutnya PAS sudah memperjuangkan isu PPSMI sejak ia mula dilaksanakan tahun 2003 dimana anak kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat Prak, Dato’ Seri Nizar Jamaludin telah menyaman kerajaan kerana melaksanakan dasar tersebut.

Beliau berkata dalam keadaan sekarang, PAS meneruskan perjuangannya membantah dasar tersebut dan kemudian timbul Gerakan Mansuhkan PPSMI yang dipimpin oleh Bekas Ketua Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hassan Ahmad.  

“Tinggal lagi kebelakangan ini muncul gerakan GMP, Gapena juga diambil perjalanan oleh Dr, Ismail Husin dan bepluh-puluh pensyarah di universiti mengambil perjalanan, mereka bergerak dalam konteks untuk mencari sokongan,

“PAS sudah ada (berjuang) jadi PAS menawarkan apa-apa kemudahan, sebab ia memang selari dengan hasrat (perjuangan) PAS, kemudian mereka nak pinjam pentas PAS, nak minta bantuan, kita tolonglah,”jelas beliau dalam sidang media di sini semalam.

Katanya terpulang kepada pihak tertentu yang melihatnya sebagai agenda politik, pendirian PAS melihat PPSMI tiada jalan (ruang) untuk kerajaan laksanakan.

Katanya dasar tersebut yang dilaksanakan tergesa-gesa perlu dihentikan kerana ia bercanggah dengan perlembagaan, dengan akta pendidikan, dengan suara rakyat dan bercanggah kaedah pembangunan kokurikulum.

“Yang sebenarnya kita (PAS) yang diperalatkan oleh GMP kalau nak dikatakan diperalatkan oleh GMP pun, kita sanggup diperalatkan,

“kalau sekiranya ‘bahasa’ nak diperalatkan itu hendak dipinjamkan, PAS begitulah, Kita akan turun lagi, kalau sekiranya GMP perlukan kita,”tambah Ustaz Abu Bakar apabila ditanya adakah PAS yang diperalatakan dalam isu PPSMI ini.

Katanya, sebagai parti politik,  PAS sentiasa menyokong dan memimpin perjuangan rakyat dinegara ini dan bersedia menawarkan bantuan kepada mana-mana pihak.
 
Terdahulu, beliau memaklumkan, Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan akan membuka satu platform membincangkan isu pendidikan negara dalam Seminar Pendidikan Islam Kontemporari Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah, Tok Jiring, Sabtu dan Ahad ini.

Menurutnya, seminar berkenaan bertujuan melihat permasalahan pendidikan di Malaysia yang tidak mantap terutama dari aspek kerohanian memandangkan masih ramai tidak bersikap amanah sebaik memasuki alam pekerjaan.

Sebanyak enam kertas kerja akan dibentangkan dalam seminar dua hari itu oleh tokoh-tokoh pendidikan daripada PAS untuk mencari resolusi dalam usaha membantu memantapkan pendidikan negara

Klik Untuk Lihat Video Klip