Isu Politik Wang Dalam PAS Tidak Benar – Ustaz Mad Daud Iraqi

978

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/05/ustmadiraq.JPGKetua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Muhammad Daud al-Iraqi menafikan beliau ada membuat membuat kenyataan tentang wujudnya perkara tersebut.

Katanya kenyataan beliau hanya berbentuk ‘nasihat’ serta peringatan agar tidak berlaku kejadian seumpama itu dalam PAS.

“Saya tidak buat kenyataan. Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa ada sogokan wang, ‘tak dok’ (tiada), saya tidak buat kenyataan.

“Cuma, saya telah menasihatkan kawan-kawan dalam Ulama’ jangan jadi ada seperti bagi baju atau bagi apa-apa dalam masa pemilihan menjelang Muktamar Tahunan PAS akan datang,” jelasnya ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama’ disini.

Menurutnya, aktiviti kurang sihat itu amat tidak wajar diamalkan terutama dalam kepimpinan Ulama’ PAS yang merupakan tunggak, contoh dan tauladan kepada rakyat yang dibawahnya.

“Kita (PAS) minta jika ada ‘hentikan’ dan jika tidak ada tinggalkanlah. Ulama’ ini merupakan sebagai tunggak, contoh dan tauladan kepada rakyat,” ujarnya.

Dato’ Muhammad juga menjelaskan, pihaknya tidak menerima sebarang bentuk laporan atau aduan tentang wujudnya gejala tersebut.

“Laporan atau aduan tidak ada cuma laporan surat khabar (media) tulis macam itu. Saya hanya beri peringatan sahaja dan saya tidak buat kenyataan akhbar seperti orang lain,” jelasnya terhadap kekeliruan tentang isu tersebut.

Beliau yang menarik diri serta enggan mempertahankan jawatan Ketua Ulama’ PAS Pusat menjelaskan bahawa kepimpinan Ulama’ diteruskan.

Katanya, Majlis Syura Ulama’ PAS telah membuat keputusan bahawa jawatan nombor satu dan dua dalam kepimpinan parti adalah ulama’ dan terserah kepada para perwakilan di muktamar, Jun ini.

Turut hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Yahya Ali dan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Dato’ Husin Awang.