Isu Lombong Bukit Besi; Pemuda Dungun Buat Laporan Polis

1151

Oleh : Zul Shawal

DUNGUN – Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun melalui ketuanya, Ustaz Syeikh Muhammad Hanafi Abdul Aziz telah membuat satu laporan polis berhubung isu penyelewengan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, dekat sini.

Laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun bertujuan agar satu siasatan segera dibuat terhadap mereka yang terlibat jika benar dakwaan yang dilemparkan oleh postal The New York Time.

‘Kami berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera berhubung dengan isu ini. Isu ini boleh dianggap suatu besar kerana ia telah didedahkan oleh postal luar negara. Jika benar apa yang ditulis oleh mereka,

“ini amat memalukan dan kita sebagai rakyat Terengganu kesal di atas pendedahan tersebut,’ ujar Ustaz Syeikh Muhammad Hanafi ketika dihubungi.

Tambah beliau lagi, pendedahan tersebut jelas membuktikan kerajaan Negeri Terengganu dibawah Umno/BN mengamalkan dasar kronisme dan salah guna kuasa. Kesan buruk pastinya akan ditanggung oleh rakyat Terengganu.

Pada 19hb November lalu, sebuah postal luar negara The New York Times telah mengeluarkan satu artikel bertajuk ‘Chinese Interests Look ti Malaysia for Cheap Iron Ore and Frofit’. Penulisnya, Keith Bradsher telah membuat pendedahan hasil daripada temubual dengan Ketua Eksekutif CAA Resource, Li Yang. Syarikat CAA Resource telah membuat pengakuan mendapat hak melombong di Bukit Besi, Dungun dengan keluasan 1,000 ekar.

Di tanya berhubung penafian yang telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahmah terhadap kebenaran dakwaan artikel tersebut, Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun mencabar MB membuat menyaman individu dan postal tersebut jika benar pendedahan itu palsu.

“Kami cabar Dato’ Ahmad Razif saman Li Yang dan The New York Times. Jika dakwaan itu tidak betul..saman. Ini penting bagi membersih kembali nama Terengganu Darul Iman di mata dunia,’ Tegas Ustaz Syeikh Muhammad Hanafi.

Turut hadir ke IPD Dungun, Setiausaha Pemuda Kawasan Dungun dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Dungun.