KEMAMAN – Jalan raya di kampung Neram 1 telah mengalami kerosakan teruk kerana ia merupakan laluan utama lori pembawa bauksit keluar masuk dari kawasan lombong ke pelabuhan.
Pada kejadian 2 Disember lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, lori pembawa bauksit yang mengejar ‘trip’ telah menyebabkan kemalangan berlaku.
“Kerana mahu mengejar sasaran, tanpa mengira kenderaan awam yang berkongsi diatas jalan raya yang sama menyebabkan sebuah kereta jenis Kancil jatuh ke kaki lima.
“pemandu kereta yang marah tersebut telah mengejar lori terbabit dan menghalang pergerakan lori serta memaksa pemandunya turun,”jelasnya.
Telah berlaku pergaduhan kecil yang menybebakan beratus buah lori pembawa bauksit lain terpaksa memberhentikan perjalanan dan meletakkan lori mereka di bahu jalan.
Menurutnya, keadaan itu menimbulman ketegangan dan kesesakan jalan raya kepada pafa pengguna dan boleh mencetuskan kejadian yang lebih buruk jika tidak digangani segera.
Beliau melahirkan rasa kesal kerana katanya, aduan yanb dibuat kepaca pihak polis juga tidak diambil tindakan.
Bahkan menurut beberala penduduk yang menemuinya, kata beliah, aduan juga telah dikemukakan kepada ADUN Air Putih Wan Mohd Hakim Tan Sri Wan Mokhtar.
Oleh itu, Hanafiah menggesa Menteri Besar sendiri Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman agar campur tangan bagi meredakan kemarahan penduduk tempatan.
“Bakusit ini diangkut dari Bukit Goh melalui jalan Neram ini yang diisytiarkan jalan perseketuan……….saya suka memberi ingatan kepada kerajaan dan pihak berkuasa,
“Kesabaran masyarakat peneroka Felda sangat tercabar bila ratusan lori melalui jalan tersebut dengan membawa debu merah dan dipandu laju setiap hari,
“rakyat sedut debu………bila hujan motor dan kereta orang Felda bertukar warna (menjadi merah),
“Mereka mengadu kepada saya, aduan telah dibuat kepada ADUN Air Putih dan pihak polis tetapi tiada tindakan diambil,”katanya dengan nada kesal.
Justeru itu, beliau merasa kasihan atas kesusahan yang dialami oleh rakyat dan bersedia bekerjsama dengan mana-mana pihak bagi menangani isu berkaitan perlombongan bauksit tersebut.










