Isu Azizulhasni; Kerajaan BN Diingatkan Tepati Semua Janji

1909

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu agar jangan ‘terlepas pandang’ tetapi mestilah menepati janji-janji kepada rakyat.

Screenshot (881)Ia berikutan isu panas selepas pemenang pingat gangsa acara keirin lelaki di Olimpik Rio, Azizulhasni Awang mengkritik Menteri Besar Terengganu yang didakwa beliau tidak membantunya, dalam usaha menggapai kejayaan.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata isu yang dibangkitkan oleh atlet berbasikal negara, Azizulhasni Awang itu sebenarnya memalukan negeri Terengganu.

Ini kerana, katanya Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai sumber hasil yang banyak tetapi seolah mengabaikan kebajikan para atlet sukan.

“Azizulhasni Awang anak Terengganu yang memberi sumbangan yang besar kepada sukan bukan hanya negara tetapi kepada negara,

“Isu itu amat memalukan negeri Terengganu sendiri sebagai sebuah negeri yang mempunyai sumber hasil yang banyak tetapi seolah-olah kebajikan mereka terabai.

satiful pc 180816a“Kita (PAS) harap kerajaan negeri dan pihak kementerian jangan terlepas pandang lagi dalam isu-isu seperti ini. Sebab, ianya melibatkan generasi akan datang.

“Seolah-olah kerajaan hanya ingin ambil kesempatan apabila (atlet) dapat pingat. Namun, janji-janji itu tidak ditepati,” tegasnya dalam satu sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, hari ini.

‘Velodrom’ Masih Tertangguh  

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka mendakwa pihak kerajaan turut memungkiri janji bagi membina kemudahan sukan velodrome sejak tahun 2009.

Ketika itu, katanya Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek adalah Menteri di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengumumkan akan membina sebuah valedrome di Dungun, Terengganu.

Ustaz Satiful mendakwa, janji-janji itu dibuat bagi meraikan kejayaan atlet sukan berbasikal Azizulhasni Awang yang pernah beraksi di Olimpik, London tahun 2008.

velodrom dungun“Kita semua sedia maklum, pada tahun 2009 ketika Dato’ Ahmad Shabery Cheek menjadi Menteri Belia Sukan telah mengumumkan untuk membina velendrum di Dungun, juga kerana hendak meraikan kecemerlangan yang pernah dibuat oleh Azizulhasni.

“Pada Disember 2010 pula, telah diadakan majlis pecah tanah oleh Menteri Belia dan Sukan, kos membabit RM1.5 juta tetapi sampai sekarang masih tidak menjadi kenyataan.

“Khairi Jamaluddin (menteri baharu) pada 27 Mac 2014 lalu, telah umum hendak buat veledrum itu di Nilai Negeri Sembilan tapi sampai sekarang tidak buat lagi.

“Apabila isu Azizulhasni dapat pingat gansa di Olimpik, Rio Brazil, dia (Khairi) umum hendak buat pula di Terengganu ini,” jelasnya kesal dengan janji yang tidak ditepati itu.

Berita lalu

RM1.5 Juta Dah Habis…….Mana Velodrom?
Velodrom Dungun Hanya RM10 Juta, Tapi Masih Tertangguh

https://youtu.be/DOZVYbFgJ8g