Istiqamahlah Dengan Wadah Perjuangan PAS – Dr. Wanis

2158

Oleh : KAM

KUALA TERENGGANU – Ahli Majlis Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia, Dr Wanis al-Mabruk mengingatkan umat Islam di negara ini agar terus istiqamah dengan perjuangan Islam di bawah wadah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Malah, beliau turut menyarankan agar PAS lebih memberi perhatian kepada golongan pemuda yang menjadi pembantu dalam kerja-kerja dakwah.

IMG_5344 (2)“Aku ingin berwasiat supaya istiqamah dengan perjuangan Islam di bawah wadah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

“Aku nasihatkan kamu dan parti Islam (PAS) supaya memelihara (beri perhatian) kepada para pemuda. (sebab) Para penolong dakwah Nabi SAW adalah dari golongan pemuda.

“Yang membuka Kota Konstantinople adalah seorang pemuda, Usamah bin Zaid adalah pemuda. Beranikanlah mereka, luaskanlah lapangan mereka, tempatkanlah mereka di lapangan dakwah ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Pidato Pimpinan Gerakan Islam Antarabangsa di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang, pada jumaat malam, 20 Mac.

Antara pimpinan lain yang berucap Mr Temer Karamullah Uglu dari Parti Saadat Turki, Maulana Dr Ata Ur-Rahman (Jamiat Islami Pakistan), Ahli Parlimen Parti Nahdhah Tunisia, Dr As-Sohbi dan Dr Khalid Kadomi (Palestin).

wakil-libyaSehubungan itu, Dr Wanis berkata umat Islam perlu berpegang teguh dengan dua sumber utamanya iaitu al-Quran dan Hadis.

Beliau menyarankan umat Islam menjaga hubungan dengan al-Quran seperti membaca, tadabbur, mempelajari, mendampingi serta menghayati sumber rujukan tersebut.

“Aku nasihatkan diriku dan kamu untuk berpegang dengan dua sumber utama umat Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

“Jagalah hubungan kamu dengan al-Quran, baca dan tadabbur al-Quran, pelajari, dampingi dan hayatinya,” jelas Dr Wanis.