Terengganu, Malaysia
Pendapat

Istiqamah Memperjuangkan Islam Dengan Hijrah Siyasah Sempena Hijratul Rasul

Hijrah Menuntut Istiqamah

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijriah dan menyeru seluruh rakyat, bersama-sama mengenang kembali serta mengambil pengajaran dari peristiwa Hijrah ar-Rasul SAW.

Sesungguhnya RasuluLlah SAW dan para sahabatnya yang berhijrah meninggalkan tanah air mereka pada 1436 tahun yang lalu, adalah kerana semata-mata mahu melihat Islam di daulatkan, negara Islam dibangunkan dan undang-undang syariah ditegakkan di atas muka bumi ini.

Mengambil semangat dari ‘langkah besar’ dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW serta para sahabatnya itu, PAS mengajak seluruh rakyat Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia amnya, terus beristiqamah dalam memperjuangkan Islam.

Umat Islam yang menjadi majoriti penduduk di negara ini tidak menjadi ‘umat pilihan’ sejak negara mencapai kemerdekaan 57 tahun lalu. Sebaliknya, akibat pemerintahan yang tidak meletakkan Islam sebagai asas kenegaraan, menjadikan umat Islam semakin mundur dan agama Islam semakin tidak dihormati.

IMG-20141024-WA0015Ketidakadilan undang-undang yang diwarisi dari penjajah tidak menjamin kesejahteraan dan keselamatan kepada aqidah, nyawa, akal, harta dan keturunan. Keluarga muslim tidak dapat dilindungi, nyawa rakyat terancam pada setiap hari.

Penganjuran ‘Oktoberfest’ aktiviti merosakkan akal manusia dibiarkan melanggar tata susila dan undang-undang tanpa sebarang tindakan oleh pihak kerajaan. Program-program ‘berbaur’ liberalisasi, menyamakan semua agama, semakin tumbuh dan subur, sedang sepatutnya kerajaan majoriti umat Islam seharusnya bertindak mengekang ‘kelunturan’ kefahaman agama di kalangan umatnya.

Justeru, PAS Terengganu berazam akan meneruskan segala usaha, apa jua keadaan sekali pun, bagi memastikan Islam itu tetap tinggi dan mengajak umat untuk berhijrah melakukan peningkatan dan penambahbaikan. Ilmu dan pendidikan perlu diperkasakan seiring jalan dengan ekonomi yang sepatutnya dikuasai oleh orang-orang Islam melalui penghayatan Islam secara syumul.

Marilah kita sama-sama membuat anjakan dan melakuakan hijrah siyasiah kearah merealisasikan objektif hijratul Rasul, membangunkan era madani yang mengamalkan Islam dalam konsep bernegara dan perlaksanaan syariah sepenuhnya.

*Kenyataan Media
YB Haji Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri Paka
1 Muharram, 1436/ 25 Oktober, 2014

*Kenyataan Media

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan