Banyak pihak dalaman parti telah memperkatakan tentang kemungkinan tersebut namun idea berkenaan tidak dipersetujui ramai.
“DAP akan menghormati sebarang keputusan Manoharan, tetapi bukan semua orang akan bersetuju dengan cadangan supaya kerusi berkenaan diserahkan secara automatik kepada Pushpaneela,” kata seorang sumber dalaman parti yang juga merupakan pemimpin tempatan.
Bagaimanapun tegas beliau, keutamaannya ialah adalah untuk berjuang bagi membebaskan Manoharan daripada terus ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Penasihat Undang-Undang pertubuhan haram Hindraf itu ditahan pada 13 Disember 2007.
“Saya mahu membolehkan beliau berkhidmat secara peribadi kepada rakyat yang mengundinya sebelum ini
“Beliau telah memohon untuk menghadiri persidangan dewan, tapi telah ditolak…beliau sangat kecewa,” kata Pushpaneela – mStar Online