Terengganu, Malaysia

Israel Terbalikkan Keputusan; Setuju Pindahkan Wang Palestin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/palestin%20and%20flag.jpg

PBB telah mengiktiraf keahlian Palestin sebaga pemerhati bukan ahli pada November lalu menyebabkan regim Israel berang, dan bertindak membekukan cukai yang dikutip Irael bagi pihak Palestin.

Kenyataan rasmi Israel berkata keputusan untuk melepaskan wang disekat adalah “satu acara semasa” dan “bukan petunjuk kepada apa yang Israel mungkinlakukan bulan depan.”

Sebelum ini, regim Israel menyekat wang tersebut dengan alasan mengimbangi hutan utiliti (elektrik dan air) Palestin kepada Israel.

Sebaliknya laporan menyebut, tindakan menterbalikkan keputusan menyekat wang itu adalah ekoran mesyuarat pada hari Isnin antara Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan  Bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, yang kini menjadi utusan damai Timur Tengah bersama untuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Russia, yang dikenali sebagai kuartet.

Tindakan menhan hasil cukai Palestin itu bukanlah kali pertama dilakukan pijak regim Israel.

Penahanan pemindahan hasil cukai Palestin telah berlaku sekurang-kurangnya lima kali sebelum ini, kadang-kadang selama beberapa minggu dan dalam satu kes, selepas tercetusnya pemberontakan Palestin pada tahun 2000, wang Palestin ditahan selama dua tahun.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan