“Satu, dua, tiga, empat tahun adalah masa yang panjang di Timur Tengah – lihat apa yang berlaku tahun lalu (dari segi perubahan politik)”, kata Oren kelmarin semasa menghadiri acara sarapan anjuran Bloomberg di Washington.
“Di kejiranan kami, itulah syarat permainan,” katanya lagi.
Bulan lalu, para pemimpin Israel telah menegaskan bahawa sudah tiada masa lagi bagi huraian diplomatik berhubung program nuklear Iran yang dianggap sebagai ancaman besar.
“Diplomasi tidak berjaya.
“Kami telah tiba di persimpangan yang kritikal bagi keputusan penting harus dibuat,” kata Oren, 57 tahun, kelmarin.
Para pemimpin Israel telah berkali-kali mengatakan mereka mungkin menyerang loji nuklear Iran. Kata-kata itu kini diiringi langkah-langkah melaksanakan pertahanan awam, termasuk sistem baru yang menggunakan khidmat pesanan ringkas bagi memberi amaran kepada orang ramai mengenai serangan peluru berpandu.
Sekutu Israel, Amerika dan Eropah, bersetuju dengan penilaian negara itu bahawa Iran semakin hampir kepada pembikinan senjata nuklear.
Bagaimanapun Iran masih menyatakan program nuklearnya digunakan bagi tujuan perubatan dan bekalan tenaga awam. – Agensi.









