Israel Langgar Gencatan Senjata – Hamas

1067
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/gaza%20port.jpg

Jurucakap Hamas, Abu Zuhri berkata ia adalah satu pencabulan dan Israel harus bertanggungjawab.

“Ini adalah pencabulan jelas gencatan senjata itu dan kita menyalahkan pendudukan Israel ke atas sebarang akibat (daripada) keputusan ini,” kata Sami Abu Zuhri

Tentera Israel melaporkan, Israel mengambil keputusan tersebut ekoran serangan roket yang dilancarkan dari kawasan Gaza ke bandar Selatan Israel, Sedrot dan roket yang lain mendarat di kawasan terbuka di Sha’ar HaNegev.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/sami%20zuhri.jpgNamun, serangan itu bukan dilakukan oleh anggota Hamas, khususnya Briged al-Qassam, tetapi roket tersebut telah dilepaskan oleh satu kumpulan kecil berkait dengan Al-Qaeda, yang telah sering mencabar pemerintahan Hamas di Gaza.

Pihak berkuasa Hamas di Gaza dilaporkan telah menahan dua individu yang terbabit dengan pelancaran roket itu, yang dilepaskan sempena lawatan Obama ke Israel baru-baru ini.

Oleh itu, Abu Zuhri mendesak Mesir, dalam kapasitinya sebagai penaja gencatan senjata, mengambil tindakan susulan terhadap Israel yang mesti bertanggungjawab mengenai pelanggaran itu dan menekankan bahawa Hamas Palestin akan kekal komited untuk berdamai.

[Gambar – Atas; pelabuhan Gaza yang juga merupakan pelabuhan bagi nelayan Gaza, menjadi pusat utama pendaratan ikan. Bawah; Sami az-Zuhri]

Perjanjian gencatan senjata yang dicapai pada bulan November lalu, mengrakhiri perang lapan hari yang digelar ‘Hijarah Min Sijjil’, pertempuran merentas sempadan antara Hamas militan dan Israel, yang mengorbankan 12 orang dan mencederakan lebih 160 orang rakyat Palestin. selatan pantai Ashkelon.

Dalam pada itu, walaupun sejak gencatan senjata dimeterai, tentera Israel telah membunuh empat rakyat Palestin dan berpuluh-puluh cedera dalam insiden berasingan.