Israel Kendurkan Sekatan Umur Solat Jumaat Ekoran Kebangkitan Warga Palestin

1195

Polis Israel berkata mereka telah menarik balik sekatan umur bagi warga Palestin untuk menunaikan solat Jumaat di masjid Al-Aqsa, setelah menghalangnya selama beberapa minggu.

Sekatan ke atas jemaah lelaki telah dikenakan sejak pertengahan September apabila pertempuran berulang antara penunjuk perasaan Palestin dan polis Israel di perkarangan masjid itu.

9998602221“Buat masa ini, tiada had umur kemasukan jemaah,” kata seorang jurucakap polis dalam satu kenyataan.

Sekatan yang telah dikuatkuasakan sebelum ini adalah, hanya lelaki yang berumur melebihi umur 40, 45, atau 50 tahun, tidak dibenar, bergantung kepada keputusan yang diambil.

Namun pada Jumaat 23 Oktober, semua warga Palestin dibenarkan untuk memasuki kawasan masjid di timur Baitulmaqdis itu.

Perkarangan masjid al-Aqsa telah dirampas oleh Israel semasa Perang Enam Hari pada tahun 1967, dan kemudian diisytiharkan menjadi hak mereka, tetapi ia tidak pernah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

F141114YS06-e1416001294957Buat masa ini kompleks al-Aqsa diuruskan oleh sebuah Yayasan di bawah naungan pemerintah Jordan.

Walaupun begitu Israel masih terus mengawal akses ke dalam kawasan tersebut.

Kawasan yang sama telah didakwa oleh pihak Yahudi sebagai tapak suci bagi kuil gunung mereka.

Tetapi di bawah peraturan yang telah lama wujud dalam mentadbir kawasan al-Aqsa, orang-orang Yahudi dibenarkan untuk melawat tetapi bukan untuk melakukan ibadat mereka.

Pertempuran mula meletus dalam satu hari cuti agama Yahudi pada September yang telah melihat peningkatan dalam lawatan oleh pendatang Yahudi.

israeli-forces-clash-with-palestinians-at-al-aqsa-mosque-1442156024-2980Ia menimbulkan kebimbangan di kalangan umat Islam bahawa Israel, didakwa telah merancang untuk mengubah peraturan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkali-kali berkata, bahawa pihaknya tidak ada apa-apa rancangan untuk mengubah peraturan lama itu.

Beliau mengulanginya lagi selepas perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry di Berlin pada hari Khamis lalu.

Rundingan diplomatik telah diadakan segera, serta merta dan tergesa-gesa bertujuan untuk meredakan ketegangan antara Israel dan warga Palestin yang telah membawa keganasan maut, mengobankan 53 warga Palestin dan mencederakan 290 orang yang lain.

c9da01463400f29238ec8e56aa7946fc31ec16bdBantahan berkait pencerobohan Al-Aqsa oleh warga Yahudi sejak awal bulan ini mencetuskan gelombang serangan dan pembunuhan dengan tikaman pisau, tembakan dan ‘langgar bunuh’ dengan kereta terhadap tentera Israel, polis atau orang awam.

Ia telah merebak ke seluruh Tebing Barat bahkan bantahan dan pertempuran turut berlaku dalam bandar-bandar Palestin dalam Israel.

Pihak keselamatan Isarel menjadi ‘paronia’ menghadapi kebangkitan rakyat Palestin sehinga menembak membabi buta, termasuk membunuh seorang warga Eiretria dan seorang penduduknya sendiri kerana disangka sebagai warga Palestin.