Umat Islam dan para pejuang Palestine turut menyambut kedatangan 1 Syawal dan kemenangan bulan Ramadhan.
Tidak ketinggalan bagi wilayah Palestine yang dikepung oleh regim Israel, Semenanjung Gaza, menyambut hari perayaan tersebut walaupun dalam keadaan ditekan oleh musuh Allah laknatuLlah itu.
Wilayah Palestin, bersama-sama dengan jiran yang lain dan negara-negara Teluk, mengumumkan bahawa 1 Syawal pada 30 Ogos, 2011.
Perdana Menteri Palestine dari Hamas Ismail Haniyeh megimamkan solat sunat Eidul Firi di Khan Younis, Selatan Gaza, Palestine, pada pagi 30 Ogos, 2011.
Ismail yang juga ketua kerajaan Hamas di Semenanjung Gaza, turut menyampaikan khutbah kepda orang ramai semasa solat pagi terbuka untuk menyambut Eid al-Fitr di Gaza City.
Sementara itu, Brigade al-Qassam terus melancarkan peluru berpandu ke wilayah regim Israel.
Lewat malam 31 Ogos, sebutir roket al-Qassam yang telah dilancarkan dari Wilayah Gaza telah membedil wilayah Eshkol di Selatan Israel.









