Ismail Haniyeh Dipilih Semula Sebagai Pemimpin Tertinggi Hamas

148

Kumpulan pejuang Islam Hamas telah memilih semula Ismail Haniyeh sebagai pemimpin tertingginya, untuk penggal akan datang, selama empat tahun.

Majlis Syura Hamas, badan pembuat keputusan tertinggi kumpulan Islam itu, telah membuat ketetapan tersebut pada hari Ahad.

Ismail Haniyeh adalah bekas pembantu kepada pengasas Hamas, Ahmed Yassin, yang dibunuh dalam serangan udara Israel pada tahun 2004.

Beliau telah berkhidmat sebagai perdana menteri Palestin setelah Hamas memenangi pilihan raya parlimen pada tahun 2006, setahun sebelum kumpulan itu menguasai Gaza.

Menjadi pemimpin Hamas di kubu kuat kumpulan Gaza, sebelum terpilih sebagai Ketua Gerakan Islam itu pada tahun 2017.

Ismail Haniyeh juga dilantik sebagai ketua biro politik gerakan itu, pihak berkuasa eksekutif tertinggi kumpulan tersebut, manakala Khalid Meshaal kini menjadi ketua Hamas diaspora dan Yehya Sinwar mengetuai Hamas di Gaza.

Beliau meninggalkan Gaza pada 2019 dan telah membahagikan waktunya antara Turki dan Qatar atas faktor keselamatan.

Hamas adalah gerakan Islam yang berusaha menghancurkan Israel, telah berperang sebanyak empat kali sejak menguasai Gaza pada tahun 2007.

Yang terbaru, pada bulan Mei lalu dan banyak pertempuran kecil selama ini serta berterusan sehingga kini.

Selain itu, Majlis Syura yang bersidang juga memilih semula Saleh al-Arouri sebagai timbalan ketua Hamas untuk penggal kedua.

Al-Arouri, yang juga ketua Hamas di Tepi Barat yang diduduki, dipilih untuk jawatan itu untuk pertama kalinya pada Oktober 2017.

Hamas mengadakan pemilihan dalamannya setiap empat tahun secara rahsia kerana tindakan keras Israel terhadap kumpulan itu.