Islam Dan Syariat Adalah Penyelesaian Terbaik Kepada Masalah

2416

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS menegaskan dan yakin, Islam dan pelaksanaan syariat Allah adalah penyelesaian terbaik bagi menangani peningkatan kes-kes jenayah mutakhir ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak menyifatkan pertambahan kejadian rompakan, rogol dan pembunuhan adalah berpunca daripada sikap cuai kerajaan yang tidak mahu menguatkuasakan hukum Hudud di Malaysia.

“Ini akibat daripada kita menolak hukum Allah. Oleh itu penyelesaian terbaik bagi saya tidak ada cara lain kita mesti kembali kepada syariat Allah SWT,

“Tapi oleh kerana kerajaan ini cuai atas perkara ini tak mau melaksanakan maka kes-kes jenayah yang melibatkan hudud seperti merompak, membunuh, kes buang anak dan sebagainya sangat-sangat meningkat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka DUN Bukit Tunggal di kediamannya, di Bukit Tok Ris, di sini pada Khamis 29 Jun.

Justeru itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu itu berkata, PAS komited memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud di Malaysia, dari dahulu sehingga kini.
“inilah antara perkara yang menjadiperjuangan PAS……..untuk melaksanakan syariat Allah SWT termasuk hukum hudud,

“hanya dengan ilmu dan pendidikan tidak boleh menghalang kegiatan (tindakan) jenayah manusia, sebab itu tuhan (Allah) ada (mewajibkan) hukuman dia,

“maka kita perlu hukuman………hukuman ini inshaAllah akan menakutkan, bukan tujuan kita nak menghukum orang (semata-mata) tapi mencegah supaya satu amaran yang menakutkan supaya (manusia) tidak melaksanakan perkara tersebut,” jelasnya.

Justeru itu, beliau mengajak semua rakyat Malaysia, khususnya warga negeri Terengganu untuk menyokong PAS kerana ia adalah satu-satunya parti politik dibegara ini yang konsisten memperjuangkan Islam.

“kita nampak bagi saya, tidak ada cara lain (kecuali) kita kembali kepada syariat Allah……..itu sahaja penyelesaiannya, dengan cara inilah kita yakin kita dapat menyelesaikan masalah,

“oleh itu kita buat perubahan pilihan raya akan datang……..hanya satu parti negara setakat ini yang ada matlamat untuk menegakkan undang-undang al-Quran dan al-Hadis (iaitu) PAS sahaja,

“orang Islam wajib bersama PAS (dan) orang bukan Islam pun wajib bersama PAS kerana inilah penyelesaian yang holistik yang akan berjaya menyelamatkan kita semua sebab kita sayang generasi kita akan datang,” ujar beliau.