Insentif Veteran Tentera Hanya Umpan Pilihan Raya

2065

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Bekas tentera menyifatkan insentif yang diumumkan Perdana Menteri (PM) Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk veteran tentera minggu lalu, hanyalah sebagai umpan pilihan raya semata-mata.

Kapten (B) Zulkifli Muda berkata, apa yang PM umum itu sama sahaja dengan kenyataan yang aka diberikan kepada warga peneroka Felda pada minggu lalu

Katanya, ia adalah perkara yang sepatutnya diperolehi oleh berkas-bekas tentera namun dipendam sejak 10 tahun yang lalu.

“yang ni (janji insentif) sebagai umpan untuk pilihan raya sebagaimana tahun lepas semasa sebelum pilihan raya tahun 2013.

“bekas tentera dia (janji) bagi RM1000 ‘one off’ ketika itu tetapi semua bekas-bekas tentera lain yang bersara selepas 2013 tak ada pula dia bagi……….Tiba-tiba hari ini dia bagi inisiatif,

“Kenapa perlu tunggu umur 60 tahun baru boleh dapat bantuan?.Kalau dia uzur, dia hilang upaya ketika umur 40, 50, apa dia nak buat?,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas janji Perdana menteri Malaysia itu seperti dilaporkan media massa baru-baru ini.

Menurutnya, sepatutnya pencen hilang upaya itu diberi pada kadar tahap kesihatan yang disahkan oleh doktor.

“(bila disahkan doktor) kena bayarlah pencen hilang upaya dia (bekas tentera) sebagaimana Socso bagi kakitangan swasta sekiranya suami dia ataupun pekerja itu hilang upaya, Socso boleh bayar,

“tapi kenapa bekas tentera dan anggota tentera yang berkhidmat, hilang upaya dalam perkhidmatan, baru sekarang nak bagi. Kenapa tak bagi dulu?,

“Kenapa Najib tak sentuh tentang hak sebenar anggota tentera untuk mendapatkan tanah pertanian dan juga tanah perumahan. Tak disentuh sampai ke hari ni pun,” soalnya lagi.

Bahkan katanya, berapa ramai bekas tentera yang tidak mendapat pembelaan kerajaan yang tidak dapat tanah dan tidak ada rumah.

Jelas beliau, ramai dikalangan mereka yang duduk di rumah setinggan atau pun ‘rumah haram’, dan lebih malang, mereka dihalau oleh kerajaan

“Hak (perkara) sebenar tak bagi, hak tambahan saja. Kita tak nafilah kamu bagi tambahan (namun tambahan tersebut) umpama bangunan lama yang di cat baru je,

“Kalau dulu tak de Jabatan Hal Ehwal Veteran….pencen kakitangan tentera yang berpencen dibayar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam,

“Bila Jabatan Veteran ambil alih, pindah saja ke Jabatan Veteran.

“Sebelum jabatan ni wujud telahpun ada Jabatan Bantuan Kebajikan Masyarakat oleh jabatan kerajaan yang lain. Bila Jabatan Veteran wujud dan ambil alih, bayaran kebajikan tu dia tukar ke Jabatan Veteran,

“benda yang serupa je……kaedah yang serupa. Cuma di ambil alih oleh Jabatan Veteran,” tegas Zulkifli