Inisiatif Ahli PAS, NGO Jahit PPE Bantu Perangi Wabak Maut

989

KUALA TERENGGANU – PAS DUN Permaisuri bersama NGO Iman Care mengambil inisiatif membantu barisan Hadapan (frontliner) dengan menjahit 100 helai PPE (Personal Protective Equipment).

Ketua Pemuda Permaisuri Muhaimin Muhamad berkata, usaha tersebut adalah sumbangan ikhlas bagi membantu kerajaan memerangi virus covid19.

“Proses fasa pertama ini akan menyiapkan 100 helai PPE dan akan di serahkan kepada pihak yang bertugas di wad covid seluruh Terengganu,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Iman Care berkata demikian ketika di hubungi, pada semalam, 12 April.

Menurutnya, keperluan ini dijangkakan akan bertambah memandangkan jangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) wabak maut itu akan bertambah l menjelang pertengahan April.

“Kita doakan agar wabak ini tidak terus merebak. Anda dinasihatkan supaya terus mengikuti arahan pihak berkuasa supaya kita kembali dalam keadaan sedia kala. Hanya kepada Allah tempat kita berserah,” ujarnya.

Justeru itu, beliau merayu kepada semua dermawan bagi membantu mengumpulkan dana khas khusus untuk ‘frontliner’.

Sebarang sumbangan, kata beliau, boleh disumbang ke akaun CIMB Iman Care – 8603071870.