Kajian empirikal menunjukkan bahawa defisit bajet dan tidak berdisiplin fiskal akhirnya menjejaskan prestasi ekonomi makro, terutamanya akan menyebabkan inflasi.
Menurut ringkasan eksekutif yang dikeluarkan oleh Institut Kajian Ekonomi Malaysia (Malaysian Institute of Economic Research – MIER) Fenomena ini telah terbukti di Malaysia, di mana langkah pembetulan defisit fiskal, walaupun sememangnya perlu, tetapi kini sedang dilaksanakan dengan cara ‘berantaian’, menyebabkan peningkatan harga pengguna dan kenaikan kos sara hidup.
“Inflasi dijangka lebih tinggi pada tahun ini dan juga tahun depan (2015), oleh sebab kebanyakannya dipacu oleh dasar yang timbul daripada langkah-langkah pengubahsuaian struktur fiskal melalui rasionalisasi subsidi,
“dan memperluaskan asas cukai dengan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), berkuat kuasa pada 1 April 2015,”menurut laporan laman sesawang MIER
Dasar gaji minimum dan susut nilai mata wang, yang bertujuan meningkatkan eksport dan mengelakkan pengecutan lebihan akaun semasa menyediakan sebab tambahan untuk kenaikan harga dan kos sara hidup di negara ini.
Institut tersebut menyatakan, walaupun pancang harga minyak dunia merupakan faktor utama penyumbang kepada kadar yang lebih tinggi inflasi pada tahun 2008 dan 2011, namun fenomena inflasi semasa yang berlaku adalah sebahagian besarnya domestik dipacu oleh dasar negara.
“Secara umum, rakyat Malaysia boleh mengharapkan tahun 2014 akan menjadi tahun yang mencabar, manakala bukan sahaja menghadapi kos sara hidup yang meningkat dan taraf hidup yang semakin merosot,
“tetapi juga kos ekonomi lain dan kerugian kebajikan, yang timbul daripada peningkatan kadar pengangguran, mengetatkan syarat-syarat kredit dan melambatkan aktiviti ekonomi benar,”tambah laporan tersebut.




























