In Sha Allah, Chukai Akan kekal Bersama PAS Pada PRU-14

1143

KEMAMAN – Seramai 50 orang anak yatim dari Kampung Banggol Kiri Chukai, diraikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, bersama pemimpin PAS Kawasan ini, pada awal pagi sempena Program ‘YB Cakna Rakyat’.

IMG-20150821-WA0077_resizedMenurut Haji Hanafiah Mat, anak-anak yatim tersebut turut diberi sumbangan kewangan serta dijamu dengan pelbagai juadah.

“Program YB Cakna Rakyat bermula dengan minum pagi berama 50 orang anak yatim dan masyarakat setempat di (Kampung) Bannggol Kiri.

IMG-20150821-WA0067_resized“Anak-anak yatim diberi sumbangan sebanyak RM 30.00 seorang (dijamu dengan) nasi miyak, satay, nasi kunyit, mee hoon, ketupat dan kuih muih,”ujarnya.

Sehubungan itu, program sehari yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Chukai bersama PAS Kawasan Kemaman itu, turut mengadakan gotong royong dan rawatan kesihatan, termasuk perubatan tradisional.

Pengisian rohani selain jasmani, disuntik dalam kuliah maghrib yang di sepuluh buah surau di sekitar DUN Chukai bagi memastikan warga DUN Chukai sihat fizikal dan emosi.

IMG-20150821-WA0074_resized“manakala di kampung Paya Berenjut kita adakan kerja-kerja gotong royong menukar atap rumah, membaiki rumah dan memaasng pendawaian elektrik dirumah rakyat yang terpilih,

“selain itu seramai 80 orang fakir miskin diberi sumbangan kewangan sebanya RM 50.00 dan barangan keperluan harian seperti beras sebanyak 5 kilo seorang, bagi mengurangkan bebanan kehidupan mereka menghadapi ekonomi yang tidak menentu sekarang,”jelas Hanafiah.

IMG-20150821-WA0105_resizedSeramai lebih 1200 orang hadir dalam ‘Jamuan Rakyat’ yang diadakan sempena program tersebut, manakala sebelah petangnya, acara ziarah rumah ke rumah diteruskan.

Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Negeri Terengganu mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan program tersebut.

“saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, para penyumbang, pimpinan yang hadir serta ahli dan penyokong PAS yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini,

“in sha Allah PAS akan mengekalkan kemenangan dalam kawasan DUN Chukai pada pilihanraya umum yang akan datang,”tambah beliau yakin.

Turut hadir sepanjang program yang diadakan adalah Yang DiPertua PAS Kemamn Ustaz Alias Abdul Hamid dan Timbalan serta Naib Yang Dipertua, bersama Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman.