Ilmu Teknologi Uslub Baharu Dakwah

113

KUALA TERENGGANU – Muslimat diharap tidak ketinggalan untuk memanfaatkan ilmu teknologi yang merupakan uslub(kaedah) baharu untuk berdakwah yang menjadikan sebarannya lebih meluas.

Naib Ketua Muslimat PAS Terengganu, Zuraida Md Noor, berkata IR 4.0 ialah era digital atau era teknologi maklumat dan komunikasi,

“Di mana internet, telefon pintar, Internet of Things (IoT) dan sambungan data telah menjadi sebahagian daripada dunia manusia samada dalam pekerjaan mahupun dalam kehidupan seharian mereka.

” Kerja kita hari ini memerlukan ‘smart-phone’, kehidupan digital, dan kita boleh menggunakan ilmu teknologi yang ada pada hari ini, kita pos dalam ‘facebook’ , ‘blast’ dalam ‘wasap’ , kita ‘up’ dalam Tik Tok, puluhan, malah ratusan, ribuan orang akan baca dan berjaya ketuk pintu hati lebih ramai sasaran, ”

” Berbanding kita dakwah kepada jiran tetangga kita, kita ketuk satu rumah ke satu rumah untuk mengedarkan risalah ‘ untuk maklumkan program kita, solat hajat ke, kempen menutup aurat ke, tetapi dalam masa sehari hanya beberapa buah rumah sahaja yang kita berjaya edarkan,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Kuala Terengganu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkas di Majlis Himpunan Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Baru(LPMB) Muslimat di Kuala Ibai di sini petang semalam.

Sehubungan dengan itu, Ketua LPMB, Muslimat PAS Terengganu, Maznah Muftahuddin berharap supaya muslimat mengambil peluang tersebut memandangkan masyarakat hari ini sudah beralih arah kepada PAS.

“Kita mengharapkan di kalangan muslimat dan Ameerah Terengganu akan lebih ramai berani tampil di media-media sosial yang menjadi tumpuan ramai untuk menyampaikan maklumat dan membetulkan salah faham tentang PAS dan kerajaan negeri,” ujarnya lagi.