Ilmu dan Taaruf Tokoh Dalam Pakej Jaulah Ke Yaman

3802

SANA’A, Yaman – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyokong usaha NGO Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) menganjurkan pakej lawatan ke negara Yaman.

kamaruzzaman yamanKetuanya, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah menyifatkan usaha melancong sambil belajar tersebut dapat menambah ilmu disamping membuka peluang para peserta mengenali tokoh-tokoh ulamak yang hebat di negara itu.

“Kami Dewan Pemuda Pas Terengganu memang mengalu-alukan pakej yang dibuat oleh Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang membuat pakej jauhlah ke Negara Yemen.

“Alhamdulillah, saya memang menyokong seratus peratus usaha tersebut kerana ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan yang paling penting dapat mengenali tokoh-tokoh ulama’ yang hebat yang bukan hanya sekadar berada di medan ilmu tetapi mereka berada secara langsung untuk mentarbiyah masyarakat dan dapat mengetuai tempat yang mereka duduk,”ujarnya yang ditemui anggota KAMI, Syed Hussein Solahuddin di sini.

ardujannataian yamanDisamping itu, beliau berkata, lawatan ke negara yang penuh ‘hikmah’ itu dapat meningatkan penghayatan Islam apabila para peserta melihat peninggalan-peninggalan yang disebut didalam al-Quran seperti kisah ‘Ardujannatain’ iaitu kisah kebun terbakar.
“Telah dikisahkan didalam al-Quran dalam surah Al-Qalam ayat 17-33 dimana pada zaman ayah mereka (dalam kisah itu) sebahagian dari hasil kebun dibahagikan kepada fakir miskin.

“Tatkala selepas kematian ayahnya kebun tersebut diwarisi oleh anaknya dan anaknya tidak membahagikan sedikit hasil kebun kepada fakir miskin.Maka selepas itu Allah menimpakan bala keatas kebun itu dengan kebakaran yang amat dahsyat,”jelasnya

Beliau berkata, peristiwa bersejarah itu berlaku selepas peristiwa Nabi Isa diangkat ke langit.
Ustaz kamaruzzaman juga menyifatkan, bumi Sana’a mempunyai pelbagai tempat yang boleh dikunjuungi seperti Babul Yaman yang turut dicatat sejarahnya.

ka'abah abrahah yaman“Didalam Babul Yaman terdapat satu masjid yang menunjukkan mukjizat nabi SAW iaitu Masjid Kabir. Ia merupakan masjid pertama yang dibina di Yaman dan yang ketiga dalam sejarah Islam.

“Nabi Muhammad telah mengarahkan sahabat iaitu Wabr bin Yuhannas Al-Khazai untuk membina masjid di Sana’a,”ujarnya.

kamaruzzaman yaman1Beliau turut menyebut tetang kelebihan ulamak negara Yaman yang terkenal Syeikh Abdul Majid Zindani yang mengkaji dan membuat penemuan tentang arah kiblat.

“Pada hari ini, Syeikh Abdul Majid Zindani ulama’ yang terkenal dalam kajian sains dan Al-Quran telah membuktikan bahawa arah kiblat yang ditentukan oleh Baginda SAW adalah tepat dengan pintu Kaabah di Mekah Al-Mukarramah

“dan banyak lagi tempat-tempat yang boleh kita tengok di bumi yang berkat ini dimana bumi (Yaman ini) yang nabi pernah bersumpah di dalam hadisnya,”tambah beliau.

Ustaz Kamaruzzaman bersama rombongannya berada di negara Yaman dalam rangka lawatan kerja dan usaha menjalinkan persefahaman pendidikan dengan beberapa buah universiti.

[Keterangan gambar : – Atas sekali – Masjid Kabir; Masjid pertama yang dibina di Yaman, No. 2 Kanan – Ardujannatain – kisah kebun terbakar, No.3 kiri – Ghorqat al-Qulais ; lokasi Ka’abah rekaan Abrahah ]

BpiVy0VCcAEuta7