KUALA TERENGGANU – PAS tidak mengharap sokongan parti lain untuk terus bergerak, dan jika mereka mahu bersama, mereka yang perlu masuk ke dalam ‘acuan PAS’.
Penolong Setiasaha PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menegaskan, itu adalah syarat yang telah ditetapkan oleh kepimpinan tertinggi.
O

“Kerja dan terus bekerja…………. itu yang penting bagi semua jentera pilihanraya di semua peringkat kalau kita mahu PAS terus menang di (Parlimen) Kuala Terengganu,”ujarnya.
Beliau Yang juga adalah Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Pengendalian Pilihan Raya Kali Pertama Peringkat Parlimen di Kuala Iba diekat sini, Sabtu 8 September.
Beliau menambah, PAS tidak ada kompromi menentukan hala tuju dan mempertahankan dasar-dasar nya.
Juteru itu, beliau menggesa agar semua petugas melaksanakan tugasan masing masing, dengan cermat kerana ‘musuh’ sentiasa ‘mengintai’ kelemahan PAS


“lipat gandakan usaha daftar pemilih kita dengan kemudahan yang kita susun dan ambil peluang mendaftar seramai mungkin,”jelasnya.
Turut hadir sebagai ‘moderator’ kursus tersebut ialah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, Alghazali Abu Bakar.




























