Iktiraf DHPP Sayap Rasmi Bukti Keterangkuman, PAS Untuk Semua

367

KUALA TERENGGANU – Pengiktirafan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) sebagai sayap rasmi adalah bukti keterangkuman tanpa mengira batas ras dan agama serta manifestasi slogan ‘PAS Untuk Semua’.

Ketua DHPP Terengganu, Dr. Balachandran Gopal Krishnan berkata, ia membuka lembaran baharu yang penuh makna dalam perjuangan politik, selari dengan ucapan perasmian Konvensyen DHPP 2025 .

“memberi arah tuju dan semangat baharu secara jelas serta ruang lebih luas untuk parti memainkan peranan strategik sebagai jambatan antara masyarakat bukan Islam dengan PAS.

“Ucapan tersebut mengingatkan kita bahawa DHPP bukan sekadar simbol, tetapi wadah perjuangan yang mesti terus mendekati rakyat, memperkukuh agenda perpaduan, serta menepis persepsi salah terhadap PAS.

“Kita mesti turun ke akar umbi untuk membawa mesej bahawa PAS adalah parti untuk semua,” tegasrnya

Beliau berkata demikian ketika dihubungi, nengulas ucap utama Konvensyen DHPP oleh Timbalan Presiden PAS, Dato” Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau, Konvensyen tahun ini yang diadakan Yan, Kedah, bukan sahaja menjadi titik tolak penting untuk memperkemas organisasi dan hala tuju DHPP

“tetapi juga untuk memperlihatkan bahawa PAS melalui DHPP benar-benar mendukung prinsip Islam rahmat untuk semua, menjamin keselamatan, keadilan, dan keharmonian tanpa mengira agama atau kaum,” jelasnya.

Justeru, pada masa yang sama, kata beliau, status baharu DHPP adalah satu cabaran kepada anggotanya, memperbaiki diri Dan kekal relevan.

“Semua ahli DHPP mesti berwibawa dan bersedia menghadapi cabaran mendatang, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.” tambah beliau.