Ijtimak Tonjolkan PAS Bukan Hanya Sebuah Parti Politik

966

KUALA TERENGGANU – Perwakilan dari 45 negara dan 100 orang tokoh-tokoh ulamak dan gerakan Islam seluruh dunia akan berkampung di Rusila untuk menghadiri Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata program yang dianjurkan oleh pejabat Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia itu akan menonjolkan PAS bukan hanya sebagai sebuah parti politik tempatan tetapi sebagai satu gerakan Islam.

“(PAS) antara gerakan Islam yang tertua didunia, yang masih lagi berada di persada dunia dakwah, tarbiyah dan siasah diperingkat Asia Terenggara,

“3 hb Mac 1924, merupakan tarikh rasmi kejatuhan kerajaan Islamiyah Turki, setelah (diperintah) oleh 99 orang khalifah, bermula dari Abu Bakar as-Siddiq setelah (berakhir) era ‘nubuwah’ (kenabian) yang bermula sejak nabi Adam (sehingga) ditamatkan oleh (nabi akhir zaman) Muhammad SAW,”ujarnya.

IMG-20150307-WA0203 (2)Beliau berkata, tamatnya pemerintahan Khalifah Muhammad Ke-5, 91 tahun yang lalu, aalah bermulanya era gerakan Islam, yang menjadi satu kewajipan kepada seluruh umat Islam untuk menyatukan diri mereka dalam pergerakan jamaah Islam.

Sejak itu, menurut beliau, tokoh-tokoh dan pemimpin gerakan Islam berjuang untuk membebaskan negara mereka yang dicengkam oleh penjajahan ‘kuffar’ Barat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Pra Ijtimak di Rusila, Marang pada Sabtu 7 Mac.

“Di Asia Tenggara parti Serikat Islam yang ditubuhkan di Indonesia oleh tokoh-tokoh ulamak menggerakkan perjuangan mereka menentang penjajahan Belanda,

“di tanah air kita Datuk Maharaja Lela selaku Mufti negeri Perak yang mengaji di Mekah telah digantung dengan si Puntum, Datuk Bahaman (dan) Mat Kilau terpaksa melarikan diri ke Patani,

“Tok Guru Haji Abdul Rahman Limbong dibuang (negeri) ke Mekah, Tok Janggut dibunuh di Pasir Mas Rosli Dhobi di bunuh di Sarawak……..mereka-mereka (ter)dahulu atas nama Islam dan kesedaran, menggerakkan perjuangan membebaskan tanah air dan untuk menegakkan Islam,”jelasnya.

Katanya, setelah Parti Serikat Islam ‘terkubur’, Hizbul Muslimin telah ditubuhkan pada 1948 bagi menyambung perjuangan Islam, telah diharamkan oleh penjajah Inggeris dan 300 orang pemimpin dan para pejuangnya telah ditangkap, termasuk Ustaz Abu Bakar al-Baqir.

“mereka dipenjara kerana mereka mengajak masyarakat meletakkan Islam sebagai dasar dan teras perjuangan (dan) ketika itulah mereka (penjajah British) mengujudkan Umno untuk diserahkan kemerdekaan,

“dengan syarat meneruskan perlembagaan yang digubal oleh Lord Reid……menggunakan dasar ‘Josulai’ sehinggalah hari ini setelah merdeka 58 tahun, kita masih menggunapakai perlembagaan itu sebagai perlembagaan yang tertinggi,”katanya.

http://youtu.be/ZEeJw91UOj4?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q

http://youtu.be/Y7K00XoG7Q4?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q