Ijtimak Tarbawi PAS Setiu

2652

PAS Kawasan Setiu akan mengumpulkan semua pihak dalam parti sebagai satu inisiatif di program yang julung kali  adakan bagi membuktikan ianya bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah sebuah Harakah Islamiyyah yang bergerak melalui elemen Dakwah,Tarbiyyah dan Siasah.

Ijtimak tarbawi setiu1Melalui Lajnah Tarbiyyah program yang di beri nama “Ijtima Tarbawi” ini akan di adakan sepertimana butiran berikut.

Tarikh : 10 Rabiulawal 1438H / 10 Disember 2016 (Sabtu)
Tempat : Komplek Tarbiyyah Lukmanul Hakim (KTLH), Guntung Luar,Permaisuri
Masa : 8.30 – 12.00 malam.

Program akan di rasmikan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Ustaz Haji Hashim Jasin pada sebelah pagi dan akan berakhir dengan Forum Tarbawi pada sebelah malamnya.

Saya mewakili PAS Kawasan Setiu menjemput semua ahli,lapisan masyarakat serta pengamal media untuk turut sama hadir ke program ini seterusnya dapat kita mewujudkan satu Wehdatul Fikri dan Amal bagi mendaulatkan Islam.

Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir
YDP PAS Kawasan Setiu
5 Rabiulawal 1438H / 5 Disember 2016