KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Terengganu akan menganjurkan ‘program besar’ Ijtimak Kepimpinan yang akan diadakan pada 18 dan 19 April di Kampung Surau Feri, Kemasik.
Program tahunan tersebut adalah langkah awal PAS bagi meningkatkan pengaruhnya dalam usaha merampas DUN Kemasik dan kawasan Kemaman dari Umno pada pilihanraya akan datang.
Pengarah Ijtimak Haji Yahaya Ali berkata, Presiden PAS Dato ‘ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan ucap utama program tersebut yang bertema ‘PerkukuhnTarbiah, Pertingkatkan Perjuangan’.
“InsyaAllah ucap utama akan disampaikan oleh Tuan Guru Presiden sendiri,atas satu tema, iaitu ‘Perkukuh Tarbiah, Pertingkatkan Perjuangan’,
“sebagaimana kebiasaan, kita juga akan menjemput peserta daripada khalayak, akan ada perbahasan ucap utama ini, yang mewakili Dewan-dewan Ulama’, Pemuda, Muslimat daripada kawasan-kawasan dan organ parti yang lain,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabat PAS Terengganu pada Khamis 3 April.
Menurut Yahaya yang juga Timbalan Pesurhjaya II PAS Terengganu, antara tokoh yang turut memberikan ucapan adalah YB Dato’ Mohd Ammar Nik Abdullah yang mewakili Mentei Besar negeri Kelantan.
Beliau berkata, pemilihan DUN Kemasik dan PAS Kawasan Kemaman menjadi tuan rumah bagi Ijtimak kali ini adalah dalam usaha PAS memenangibkawasan tersebut dalam pilihanraya umum kali ke-14 akan datang.
“Kita juga mengharapkan pemilihan (tempat)’yang kita buat di Kemasik ini, akan menjadi momentum kita. Sebab pada kita, keputusan (pilihanraya DUN Kemasik pada PRU yang lepas,

























