Ijtimak; DACS Gegar Pantai Rusila

1570

Oleh : Zul Shawal

MARANG – Sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke 3, Dacs Pemuda Pas Terengganu telah berjaya menggegarkan Pantai Rusila dengan acara pertandingan memanah dan pertunjukan aksi jet ski.

IMG-20150321-WA0092Penyertaan terbuka kepada semua individu, acara memanah telah berjaya menarik penyertaan hampir 200 orang. Penganjur menyediakan 5 set alat memanah dan papan sasar bagi menjayakan kejohanan tersebut.

Gelak peserta yang pertama kali mencuba alat memanah telah mencuit hati para penonton. Namun begitu nasihat dan tunjuk ajar sebelum peserta mengambil penyertaan.

Dalam pertandingan tersebut, tempat pertama dimenangi oleh Saiful bin Mohamad dengan perolehan mata 30, tempat kedua dimenangi oleh Mohd Mujibu Rahman bin Mohamad dan ketiga oleh Mohd Shahrul Rizwan bin Yusof.

Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Terengganu, Ustaz Kamarulzaman bin
Abdullah.

Untuk acara pantai pula, Dacs telah menyediak 4 buah jet ski untuk sesi aksi pertunjukan air. Pengunjung juga berpeluang untuk membonceng bersama pemandu jet ski.