KEMAMAN – Dalam mengejar kemajuan, ‘angka-angka’ petunjuk pembangunan itu dicatat dan dimasyhurkan, kemudian diisytiharkan sebagai kejayaan politik, sedang jutaan rakyat yang masih hidup dibawah paras kemiskinan.
“Sebagai contoh, seorang penduduk Mohd Othman Bin Tawang yang terjatuh daripada pokok kelapa, kemudian barulah diketahui bahawa rumah sewanya tiada belakan elektrik dan air,”ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, mengungkap ‘cerita hidup rakyat dibawah’.
Dari segi ‘data’nya,mungkin Mohd Othman tidak dicatatkan sebagai seorang yang miskin, tetapi keadaan kehidupan beliau sekeluarga sangat dhaif.
PAS DUN Chukai dengan sumbangan diberikan oleh orang ramai yang prihatin, melalui program Ihya Ramadahn telah membantu keluarga Mohd Othman.
Selain itu, kata Hanafiah, sehingga kini kira-kira selepas seminggu umat Islam melaksanakan ibadah berpuasa, lebih 800 orang fakir miskin dan 220 orang nak yatim telah dibantu.
“sepanjang bulan ini kita menghidupan Ramadhan, menunaikan solat terawih, qiammulail, berbuka puasa di surau dan di Padang Astaka bersama anak muda,
“memberikan sumbangan fakir misin, anak yatim, beli pakaian raya anak yatim, singgah sahur……….fakir miskin 800 orang………….duit RM50.00 beras (dan) 5 kilo serta barang dapur,
“begitu juga anak yatim 220 orang…………..duit 50.00,”jelasnya yang menambah, program kebajikan seumpama itu tidak berhenti apabila Ramadhan berakhir.
Bahkan kata beliau, Ramadhan merupakan ‘kitaran’ masa bagi menghidupkan jiwa berkebajikan kepada semua orang Islam dengan meninggalkan kepentingan-kepentingan peribadi.
“rakyat yang dahulunya memang dalam keadaan susah, tetapi mampu bertahan, ‘kais pagi makan pagi’, tetapi sekarang kuasa beli dari pendapatan mereka semakin mengecildan hilang,
“terutamanya sejak GST diperkenalkan,” kata Penolong Setiausaha PAS Terengganu itu, apabila diajukan soalan, megapakah persoalan ‘kemiskinan’ dan jumlah rakyat yang miskin seolah-olah tidak berkurang.
“Memang kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bersungguh-sungguh mempertahankan bahwa merekalah ‘jaguh’ membela rakyat miskin,
“sedangkan rakyat dapat melihat, dimana diri mereka dan di mana pemimpin Umno,”ujarnya lagi.
Mengulas lanjut, Haji Hanafiah berkata, zakat yang dikutip setaip tahun oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) dibelanjakan semuanya.
“semua kutipan zakat untuk tahun tersebut tanpa membawa ke depan, begitu juga peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jumlahnya masih terlalu kecil, rakyat tidak mampu untuk keluar dari garis kemiskinan,”jelas beliau.
Menurutnya, MAIDAM pada Jumaat lalu dalam teks khutbah yang dibacakan di mimbar masjid menunjukkan pecahan bayaran diberi kepada asnaf untuk tahun 2014 dan terkini pada tahun 2015.
“Malangnya, untuk tahun lalu lebih kurang RM10 juta untuk asnaf fakir, sedangkan MAIDAM telah kutip wang zakat tak kurang RM50 juta setahun,”katanya yang mempersoalkan, mengapa wang tersebut perlu disimpan, sedangkan ramai rakyat miskin yang memerlukan.










