Ibu YDP PAS Besut Meninggal Dunia

168

BESUT – Ibu kepada Yang Dipertua PAS Besut, Allahyarhamah Wan Zainun Ismail, 82, telah disahkan kembali ke rahmatullah, kira-kira jam 10.30 pagi tadi di Hospital Daerah Besut.

Allahyarhamah Wan Zainun, 82, yang tinggal di Jertih telah dimasukkan ke hospital berkenaan selama tiga hari lalu kerana sakit tua.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, kondisi arwah ibunya semakin tidak stabil setelah tiga hari berada di wad Hospital Jertih di Besut.

“Kami, anak-beranak semua terima dengan redha ketentuan Allah SWT. Terima kasih, kepada semua orang yang mendoakan kepada arwah.

“Terima kasih juga kepada semua yang hadir menziarahi keluarga kami ini, semoga dipermudahkan segala urusanNya, Insya’Allah,” ujarnya ketika dihubungi.

Menurut Ustaz Wan Azhar, allahyarham ibunya itu meninggalkan lapan orang anak termasuk dirinya.

Jenazah Wan Zainun akan disolat selepas asar di Masjid Hadhari, Jertih dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, bersebelahan masjid berkenaan.