Terengganu, Malaysia

Ibu Tunggal Rayu Pihak Berkuasa Luluskan Permohonan Tanah Tempat Tinggal

hasnah1

KUALA TERENGGANU – Seorang ibu Tunggal merayu kepada pihak berkuasa agar permohonan beliau untuk memiliki sekeping tanah bagi mendirikan sebuah rumah tempat beliau dan anaknya berteduh, diluluskan.

Hasnah bt Che Embong, 50, berkata, beliau sudah lapan tahun tinggal menyewa di Flet Desa Keluarga Yayasan Pembangunan Keluaga (YPK) Kampung Kubang Ikan, Cendering dekat sini.

IMG-20140522-WA0015“Saya duduk di Flet YPK Cendering, Kuala Terengganu…….. Saya nak beritahu tentang permohonan tanah (saya), sudah berkali-kali (saya pohon) tidak dapat kelulusan,

“Saya harap tahun ini dapat kelulusan kerana saya ibu tunggal. Saya pernah jumpa dengan semua yang berkaitan,”ujarnya ketika ditemui sambil menunjukkan surat penolakan permohonan tanahnya.

Menurutnya,beliau yang sudah tinggal di Flet berkenaan dari tahun 2007 hingga kini, berhasrat untuk mendirikan rumah sendiri.

Selain menanggung anaknya yang sedang bersekolah di sekolah menenagah, beliau sering tidak sihat sejak mengalami kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu.

“Saya ada anak persekolahan sorang sahaja, di Sekolah Menengah Cendering, (dalam) tingkatan 2,
Saya kurang sihat, saya (mengalami) kemalangan (pada) tahun 2008.

“Sekarang ini saya selalu jumpa doktor pakar tentang (kerana) pendarahan dalaman,”ujarnya menagih simpati.

IMG-20140522-WA0014Katanya, susulan kemalangan tersebut beliau sudah menjalani dua kali pembedahan dan pada 16hb Jun akan datang, beliau terpaksa berjumpa doktor bagi rawatan lanjutan.
“15hb ini, temu janji doktor pakar (lagi) dia (doctor kata) nak tebuk lagi macam mana (lah) penyakit ini. macam mana permohonan (saya) tak lulus,

“saya memang layak untuk permohonan itu, saya nak mempertikaikan bagaimana tak lulus,”ujarnya lagi.

Beliau turut mendakwa, telah berkali-kali pergi ke istana untuk bertemu Sultan an menghantar surat mengadu kesusahan beliau.

Namun,sehingga kini katanya, tidak ada perubahan dan permohonan beliau masih belum diluluskan.

“Berkali-kali saya masuk istana Sultan Mizan, hantar surat. (tetapi) Tak ada perubahan. Ini sebab saya jumpa Seri Paduka Raja (Ku Duka) hari ini,

“nak tahu pentadbiran macam mana untuk layak meluluskan tanah satu lot untuk bina rumah, permohonan saya,”katanya

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan