Husam, Jangan Jadi Bacul!

2177

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Terengganu mendesak Datuk Husam Musa supaya mendedahkan tuduhan beliau secara terbuka dan jangan bersikap ‘bacul’.

Timbalan Ketuanya YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata, pihaknya menuntut Datuk Husam mendedahkan siapa yang menerima wang sebanyak RM90 juta, sebagaimana tuduhan beliau.

“Jadi kita telah menuntut dengan beberapa cara supaya didedahkan siapa yang menerima RM90 juta daripada Umno atau daripada kerajaan……… semua ini adalah mengelirukan, daripada siapa dan kepada siapa.

“kita ‘report’ kepada polis dibawah kanun keseksaan seksyen 499 atas tuduhan tanpa bukti. Jadi kita mintak polis siasat asas tuduhan tersebut ada bukti ataupun tidak, jadi kita juga nak tahu siapa yang menerima 90 juta.

“Dalam masa yang sama, kita harap Datuk Husam Musa tidak bersikap bacul untuk mendedahkan siapa sebenarnya yang menerima 90 juta sepertimana yang didakwa,”tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis KualaTerengganu pada Rabu, 16 Februari.

Menurutnya, tindakan Pemudan PAS Terengganu itu adalah lanjutan siri laporan polis yang disusun oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Katanya, Pemuda Kelantan telah melakukan perkara yang sama kelmarin dan turut membuat laporan yang sama pada Rabu ialah Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

“Hari ini di peringkat Terengganu……..(dan) untuk maklumat semua, (kita mahu penjelasan) Datuk Husam Musa telah membuat tuduhan kepada PAS atau pemimpin PAS,

“yang kita sendiri tak jelas kepada siapa disasarkan oleh Datuk Husam Musa,”tambahnya.

Turut sama adalah Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzaman Abdullah, YB Helmi Harun dan Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.