Mahkamah Tinggi Taiping menerima permohonan peguambela kepada 13 peserta Ops Bubar dan menangguhkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syesyen Kuala Kangsar keatas mereka, pada minggu lalu.
Pada 13 September lepas, Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 terhadap mereka kerana terlibat dengan demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009.


Kesemua mereka dilepaskan dengan jaminan RM3,000 oleh seorang penjamin, bagi setiap orang, sehingga tarikh perbicaraan semula ditetapkan.
Pasukan peguambela diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan beberapa yang lain termasuk, Asmuni Awi, Aminuddin Zulkapli dan Agustine Anthony.
Hakim yang membuat keputusan kira-kira jam 11.30 pagi turut membenarkan denda yang dikenakan, dibayar secara ansuran dalam tempoh 6 bulan.
Namun begitu, semua terduduh tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan sama ada di laman sosial seperti Facebook mahupun media.
Perkarangan Mahkamah Tinggi Taiping dipenuhi ratusan orang terdiri daripada pimpinan, penyokong dan ahli keluarga telah hadir memberikan sokongan sejak awal pagi tadi.
Antara pimpinan yang hadir termasuklah Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad, Dr Mujahid Yusof Rawa da Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al- Jundi





























