Hukuman Allah Terbaik Buat Manusia

2598

Oleh : Salwanaa Ghani

KUALA LUMPUR – Hukuman yang ditetapkan Allah adalah yang terbaik untuk manusia yang juga ‘hambaNya’ di dunia ini.

Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Ustazah Hajah Zarani Othman berkata, sama ada Ahli Parlimen Islam atau bukan, perlu memberikan sokongan.

“Mereka sepatutnya hadir (di parlimen) untuk menyatakan sokongan mereka kerana inilah satu penyelesaian,

“ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang sejahtera , aman dan mendapat keberkatan dari Allah SWT,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Himpunan 355 (H355) di Padang Merbok pada Sabtu 18 Februari .

Katanya, beliau dan seluruh pemimpin serta anggota Muslimat Terengganu hadir menyatakan sokongan kerana cinta kepada Malaysiia.

“Hari ini kita hadir bersama- sama dalam H355 bagi menyatakan sokongan kita untuk meninggikan dan memartabatkan undang-undang syariah Islam yang ada di Malaysia,

“In shaa Allah akan memartabatkan Islam sekaligus menyelesaikan masalah yang semakin rumit yang berlaku dalam masyarakat dengan penyakit sosial yang semakin membarah,”tegasnya.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana dapat hadir bersama keluarga ke H355 tersebut, yang merupakan himpunan terbesar umat Islam di negara ini.