KUALA TERENGGANU – Hujan yang lebat dan limpahan air sungai telah membanjiri dua daerah, DUN Telemong di Hulu Terengganu dan Pengkalan Berangan, Marang.


Jalan di Kampung Bukit Kepah itu ditutup Untuk semua kenderaan dan para pengguna diminta menggunakan jalan alternatif lain.
Antara kawasan lain yang terjejas ialah Kampung Basung dimana terletaknya Madrasah Darul Ansar.
Sehingga pagi ini, air masih bertahan dan belum surut lagi.
Pengasasnya Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, beliau dapat merasai, banjir akan malanda apabila hujan turun tidak ‘henti-henti’ sewaktu kembali dari program ‘Jom Ke Masjid’.


“Tiba perkarangan Rumah Dan Madrasah tepat jam 2:30 Pagi dalam keadaan hujan yang Agak lebat tidak Henti-henti.. Terdetik dalam hati, mungkin jika berpanjangan hujan seperti ini air akan melimpah,”tulisnya pada lam sosial beliau.
Benar sekali telahan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu, apabila sebaik sampai di perkarangan Madrasah, yang berkongsi dengan kediamannya, beliau mendapati, air mula naik.
“Sekali lagi Allah menguji Kami dengan limpahan air hujan dan sungai……,”kata beliau.


“Terima kasih kepada anak-anak Madrasah (yang) baru selesai daurah (kerana) membantu menyelamatkan barang-barang,”tambahnya
Sementara itu, Kampung Kelulut di Marang, telah dinaiki air dan beberapa orang penduduk dilaporkan telah berpindah dari rumah masing-masing ke pusat perpindahan berhampiran.


























