Hubungan PAS Dengan Masyarakat Tionghua, Kekal Akrab

909

DUNGUN – Program ziarah warga Tionghua bersempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan bersama oleh Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) PASKawasan Dungun dengan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka merupakan agenda tahunan yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.

IMG_20160129_105353Pengerusi LPN PAS Dungun Puan Serena Lim berkata, program tersebut bukan sahaja merapatkan hubungan malah menolak tohmahan bahawa pengundi Cina tidak lagi menyokong PAS.

“Program ini merupakan agenda tahunan Lujnah dan diadakan dengan kerjasama DUN Paka, bagi menunaikan amanah ‘PAS untuk semua’ menyantuni warga Tionghua yang bakal menyambut tahun baru,

“melihat raut wajah mereka yang gembira semasa rombongan kami tiba, ia mengikis angapan musuh PAS yang kononnya orang Tionghua tidak lagi suka kepada PAS,”katanya selepas ketika ditemui selepas ziarah itu yang diadakan pada 27 dan 28 Januari, 2016.

satifulcny16aPuan Serena yakin ‘kaumnya’ itu mereka masih bersama PAS dan akan menyokong PAS kerana kecaknaan PAS terhadap mereka.

“dari jauh……….bila nampak sahaja rombongan kami ada seorang saudara terus beritahu saya, beliau sudah tahu yang datang emsti orang PAS,

“perasaan suka dan ceria sambut rombongan kami…………macam satu keluarga, saya yakin mereka masih beri sokongan walaupun pelbagai pihak dan media membuat macam andaian yang negative,”ujar Serena yakin.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS yang juga ADUN Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat, melahirkan rasa sukacita selepas menziarahi warga Tionghua di kawasannya.

IMG_20160129_105201“program ziarah sempena Tahun Baru Cina hari ini dan semalam Di pekan Paka, di jln Santong, Cacar, Kampung Batu 5 sehingga Kampung Batu 48,

“hampir 200 kotak limau diedarkan kepada premis yang dilawati samada perkedaian, sekolah dan rumah,

“sambutn daripada masyarakat Cina amat baik………..sebelum ini pun kita selalu ziarah, program berkala dan berterusan setiap tahun,”jelasnya.