DUNGUN – Pihak kerajaan perlu serius untuk melaksanakan cadangan bagi membina sebuah hospital di daerah ini kerana ia telah dianjikan dan dimasukkan dalam penaitarafan Majlis Perbandaran Dungun.
Ahli Parlimennya Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suran Wan Hapandi Wan Nik, menggesa agar ia disegerakan.
“Ini memerlukan satu keseriusan dari pihak kerajaan untuk membina hospital Dungun dan ini adalah dalam apa yg dijanjikan oleh kerajaan berdasarkan kepada penaiktarafan oleh Majlis Perbandaran Dungun,”ujarnya Ustaz Wan Hassan.
Beliau berkata, ia adalah berikutan soalan-soalan yang telah beliau bangkitkan samada dalam yang dihantar secaa rasmi atau melalui ucapan yang dikemukan.
Katanya pihak kerajaan persekutuan telah memaklumkan, proses biasa telah dibuat mengikut jadual.
“kita harap menjadi kenyataan kepentingan perkhidmatan kesihatan kepada warga di Dungun,”jelasnya ketika ditemui selepas aktiviti Tarik Pukat Bersama YB Dungun, di kawasan pantai belakang Muzium Dungun pada Sabtu 26 Mac.
Sehubungan itu, YB Wan Hapandi berkata, menurut kerajaan negeri dalam sidang DUN 7hb hingga 9hb Mac lalu, tender hospital tersebut telah dikeluarkan, malangnya sehingg hari ini, belum ada sebarang aktiviti kerja-kerja pembinaan yang berlaku di tapak.
“berkenaan hospital Dungun, kerajaan negeri telah memaklumkan bahawa tender telah dijalankan, pada awal 2016 ini akan dibuka tender dan akan diketahui siapa dapat tender dan hospital Dungun dijangka siap pada 2017, dalam setahun lebih lagi,
Justeru itu, mewakili rakyat DUN Sura, beliau menggesa kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan pusat untk menyegerakan pembinaan hospital yang ditunggu-tunggu itu.
“Cuma kita harap kerajaan negeri bersama kerajaan pusat dapat menyegerakan pembinaan hospital Dungun yang telah tertangguh…………sedangkan (sebaliknya) dalam pembentangan titah sultan baru-baru ini, hospital Kemaman pula akan dibina selepas ini,
“kita mengharapkan kes yang pertama berkenaan hospital Dungun perlu disegerakanlah,”tegasnya.
Program Tarik Pukat bersama orang ramai dan nelayan pantai Dungun tersebut, turut disertai oleh ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun.
https://youtu.be/ToqO_dqL5GM
https://youtu.be/9zK6lzFsudE