Hosni Mubarak Hadir Untuk Perbicaraan Semula

1074
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/mubarak.jpg

Dua orang anak lelakinya, Alaa dan Gamal, serta bekas Menteri Dalam Negeri Habib al-Adly juga muncul dalam mahkamah, menunggu perbicaraan mereka.

Mubarak kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana terlibat dalam kematian penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat Mesir pada Januari 2011 dan beberapa caj lain termasuk rasuah dan penyelewengan.

Pada hari Ahad, Pendakwa Agung Talaat Ibrahim Abdullah mengarahkan lanjutan tahanan Hosni Mubarak tahanan kerana menurutnya soal siasat mendedahkan bahawa beliau menggunakan dana awam yang diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan kerja-kerja lain di istana presiden untuk dirinya sendiri, isterinya Suzanne Thabet dan dua orang anak lelakinya.

Pada 3 Mac lalu , Mahkamah Rayuan Kaherah menetapkan 13 April untuk perbicaraan semula Mubarak, dua anak-anaknya, Menteri Dalam Negeri dan enam pegawai-pegawai lain dari bekas rejim.