Hamas Tutup Terowong Mencegah Penyeludupan Askar Mesir

914
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/pasukan%20keselamatan%20Hamas%20di%20sempadan.jpg

Satu sumber di sempadan berkata pihak berkuasa Hamas memberitahu akhbar harian al-Quds, berpuluh-puluh pasukan Pengawal Keselamatan Negara telah dikerahkan di sepanjang sempadan, mencegah sebarang penyuludupan semua terowong menuju ke Semenanjung Gaza, kecuali terowong digunakan semata-mata bagi pemindahan petrol dan bahan-bahan binaan dari Mesir.

Hamas mula tindakan keras ke atas terowong pada 16 Mei, apabila tujuh askar dan polis Mesir telah diculik oleh militan tempatan di utara Sinai berhampiran bandar el-Arish.

Samir Zaqout, seorang penyelaras bidang-kerja al-mizan, sebuah organisasi hak asasi manusia di Gaza, penutupan terowong penyeludupan adalah satu langkah yang rutin oleh Hamas sebagai reaksi kepada insiden keselamatan di sebelah sempadan Mesir.

“Kerajaan Hamas memulakan langkah sedemikian untuk menunjukkan bahawa ia tidak terlibat,” kata Zaqout.