Dengan objektif untuk menghimpunkan masyarakat petani, nelayan, penternak dan peneroka yang merupakan kelompok majoriti masyarakat Terengganu dalam rangka ke arah memacu gelombang kesedaran dan kebangkitan dalam masyarakat, satu Himpunan secara besar-besaran akan diadakan pada 10 dan 11 Februari 2012 bertempat di Kampung Bari Besar, Setiu Terengganu.
Dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu melalui Lujnah Hal Ehwal Petani, Nelayan dan Peneroka, program ‘Himpunan Petani Terengganu’ yang bertemakan ‘Demi Setitis Keringat Petani’ mensasarkan untuk menghimpunkan sekitar 10,000 golongan sasar dari seluruh negeri Terengganu.
Program 2 hari 2 malam akan diisi dan diserikan dengan pelbagai acara meliputi kuliah dhuha, ekspo pertanian dan penternakan, forum bersama exco-exco pertanian negeri-negeri Pakatan Rakyat, malam kesenian Islam dengan penampilan istimewa Iwan, sukaneka dan sukan rakyat, pertunjukan motorcross, pertandingan gubahan dan masakan, pertandingan memancing, pertandingan wau dan tidak ketinggalan program ceramah umum yang akan menampilkan tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat.
Acara ekspo pertanian yang akan berlangsung sepanjang program dijangka menarik dengan kehadiran agensi-agensi berkaitan dari negeri Pakatan Rakyat, pameran dan jualan hasil-hasil tani serta penternakan, pameran jentera serta alat-alat pertanian dan pelbagai lagi acara sampingan yang dijangka mampu menggamit kehadiran pengunjung.
Bagi pihak Jawatankuasa Penganjur, saya mengalu-alukan penyertaan dari seluruh masyarakat samada peniaga, petani, penternak, nelayan dan peneroka serta orang ramai untuk mempamerkan dan memasarkan hasil-hasil keluaran mereka sepanjang berlangsungnya program ini dan diharapkan juga ianya mampu menjadi medan interaksi yang akan mempertemukan pelbagai kelompok masyarakat yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas awal, bolehlah menghubungi Setiausaha Jawatankuasa Program, Saudara Zaidan Abdullah, 0199816025.
Dr Azman Ibrahim
Pengarah
Himpunan Petani Terengganu 2011