Oleh : SamarQondy
DUNGUN – Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menjelaskan, Program Himpunan PAS Kawasan Dungun (HIMPUN) diadakan adalah sebahagian persiapan awal kawasan itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).
Katanya, perhimpunan itu adalah mengambil teladan dari perjalanan hidup nabi Muhammad dan para sahabatnya.


“Ini secara tidak langsung mengambarkan kekuatan yang kita ada. Oleh itu, semua ahli dan penyokong mesti hadir program yang telah dirancang ini.”ujar beliau.
Yang Dipertua PAS Dungun itu berkata demikian ketika menyampaikan taklimat berkait acara tahunan itu yang diadakan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate, di sini.


“ahli dan penyokong di semua peringkat DUN dan Cawangan seharusnya terlibat dengan program parti sepenuhnya, masa inilah seharusnya kita infaqkan diri dan masa dalam program yang dianjurkan oleh parti.
“Dalam masa terdekat kita ada HARAP 3.3 dan HIMPUN.”jelasnya


Menurutnya, program HARAP 3.3 dijadualkan berlansung pada 24-27 Februari ini di Kampung Mengadang Akar, Bukit Payung, Marang.
Program anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mensasarkan peserta daripada seluruh Negeri Terengganu.
Pada 10 – 12 Mac ini pula bakal berlangsung satu lagi himpunan di Dungun iaitu Himpunan PAS Dungun (HIMPUN) bertempat di Kampung Batu 5, Jalan Paka, Dungun.
Taklimat tersebut turut dihadiri oleh ADUN Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik.





























